Sunday, August 30, 2009

SAYA SEORANG MUSLIMAH = SAYA ORANG ASING?




Di alam Melayu Nusantara terdapat beberapa negara yang bersempadan darat, laut dan udara iaitu Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapore, Thailand dan Pilipina. Kononnya Nusantara ini diikrarkan pada masa kerajaan Majapahit berjaya berkuasa.

Kini kerajaan Majapahit menjadi bahagian daripada sejarah. Yang terwariskan sekarang adalah Melayu Nusantara yang bermakna kaum muslim dan muslimah yang berada di negara-negara tersebut diatas. Jikalau mereka bersilaturahmi ke salah satu tempat di antara negara-negara itu, betulkah dikatakan pendatang asing? Bukankah kaum muslim dan muslimah itu bersaudara satu sama lain tak kira tempat, suku, kaum, atau pun ras.

Menurut sudut pandangan Islam sebagai agama, tidak ada kata-kata pendatang asing.
Tapi menurut perspektif negara, maka istilah itu berlaku. Karena tidak ada negara dirantau ini yang menjadikan Islam sebagai sistem dan undang-undang pemerintahan.

Kita memang hidup di suatu negara hasil jajahan... dan mendapat warisan sistem penjajah...

No comments:

Post a Comment