Sunday, August 30, 2009

ASAS PENGAJIAN KEMANUSIAAN

Subjek:

Asas Pengajian Kemanusiaan



Disediakan:

NUR AINY ACHMAD RAWI (IEJ 070005)

UMI KHALSM IBRAHIM (IEJ 080073)

SITI AMIRAH MOHAMED PAUZY (IEJ 080066)



Pensyarah:

Ustadhah Farida bt. Mohd. Sairi





Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Sesi 2009/ 2010
MANUSIA DI ANTARA DUA BENTUK PERHAMBAAN



Dari segi lahiriahnya, manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai kelemahan jika dibandingkan dengan makhluk-makhlukNya yang lain. Namun demikian, manusia telah dikurniakan oleh Allah SWT satu kelebihan iaitu akal dalam sifat rohaniyah. Dengan adanya akal inilah maka manusia menjadi makhluk yang paling istimewa dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. Dengan adanya akal, manusia dapat menguasai makhluk-makhluk yang lain serta mencipta tamadun mereka sendiri. Tetapi perlu diingat, bahawa dengan adanya akal semata-mata tidaklah menjadikan manusia lebih mulia dari makhluk-makhluknya yang lain. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya . kemudian panjang Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah”. (surah at-tin: 4-5)



Sesungguhnya kemuliaan dan ketinggian darjat yang membezakan manusia dari seluruh makhluk adalah terletak pada kesediaannya untuk berma’rifah dengan Allah SWT dengan kalbu, bukan hanya semata-mata anggota jasmaninya. Atau dengan lain perkataan manusia menjadi mulia dengan adanya iman. Tanpa iman, kedudukan manusia pada sisi Allah SWT pada hakikatnya adalah lebih hina daripada haiwan ternakan. Tiada yang membezakan manusia dan haiwan selain jasmani lahir melainkan iman. Kenyataan ini dapat dilihat di dalam firman Allah SWT:

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai”

(Surah al-A’raf:179)

Di samping akal , manusia juga dikurniakan oleh Allah SWT qalbu. Hujjatul Islam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin menggambarkan qalbu manusia sebagai medan perebutan di antara roh suci dan nafsu jahat atau pun kita katakan qalbu manusia menjadi perebutan di antara malaikat dan syaitan.

Kedua-dua mereka sentiasa berebut-rebut untuk menguasai qalbu manusia. Tetapi dalam banyak hal syaitanlah yang selalunya menang kerana ia turut dibantu oleh nafsu yang sememangnya terdapat di dalam diri manusia sendiri. Syaitan dan nafsu sentiasa malah sering bekerjasama untuk menguasai qalbu manusia, ditambah pula di zaman akhir-akhir ini pelbagai unsur luaran turut sama membantu mempengaruhi qalbu manusia.

Al-Ghazali menyebut: “ Kebanyakan hati itu tewas ditakluki oleh tentera-tentera syaitan, maka penuhlah dia dengan hasutan-hasutan dan cucukan-cucukannya supaya kenikmatan segeralah yang mesti dicari dan diutamakan oleh mereka sambil mengenepikan nikmat yang dijanjikan untuk hari akhirat. Langkah permulaan bagi penaklukannya ialah dengan menyuruh mereka menurut hawa nafsu dan tidak mungkin hati-hati ini ditawan kembali melainkan dengan menghalaukan tentera-tentera syaitan itu yang berupa runtunan-runtunan hawa nafsu dan isikan dia dengan ingatan atau zikir kepada Allah SWT yang menjadi tapak bagi penjelmaan kesan-kesan malaikat”.

Akal yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia merupakan suatu alat yang dapat dipergunakan oleh manusia untuk berfikir untuk menentukan manakah yang benar dan yang salah. Akal manusia dapat dipergunakan untuk berfikir atau memikirkan tentang kehebatan dan kebesaran alam ciptaan Allah SWT ini. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang Yang berakal (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka”. (Surah al-Imran: 190-191)

Sungguhpun demikian, akal manusia memerlukan nur dari al-Quran dan Sunnah. Tanpa bimbingan dari keduanya, manusia akan hilang punca dan mereka akan tersesat dari jalan kebenaran dan secara mudah akan mengabdikan diri kepada selain Allah. Akal seumpama inilah yang dimiliki oleh golongan yang tidak beriman samada berfahaman athheis, sekularis, nasionalis, sosialis dan sebagainya. Mereka seolah-olah berfikir bahawa hidup di muka bumi ini tidak perlu kepada panduan Ilahi, bahkan memadai dengan menggunakan akal mereka semata-mata. Hasil yang demikian tidaklah menghairankan jika mereka melaungkan semboyan “Tuhan telah mati”.

Hari ini kita melihat kemajuan duniawi yang membawa tamadun baru kepada manusia telah berjaya melahirkan generasi manusia yang terlalu amat cenderung dan cintakan kebendaan. Generasi yang bertindak mengenepikan agama sama sekali, dan kalau pun ada hanya yang berbentuk upacara semata-mata. Generasi yang berani melakukan sewenang-wenangnya pelbagai bentuk kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah SWT dengan tidak pernah memikirkan sebarang bentuk risiko yang akan mereka hadapi di akhirat kelak.

Mengapa berlakunya keadaan sedemikian? Ia tidak lain melainkan disebabkan oleh qalbu manusia kini telah dijajah dan terhijab oleh pengaruh-pengaruh yang dibawa oleh syaitan dan hawa nafsu. Akibat tiadanya iman dan tidak tunduk kepada syari’at Allah SWT mengakibatkan manusia terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengabdikan diri kepada syaitan dan hawa nafsu mereka. Bukankah di sana Allah SWT memperingatkan manusia:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!Dan hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang lurus. Dan Sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan Yang ramai di antara kamu mengetahui maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin: 60-62)





Ahli-ahli agama dan falsafah moral menggelar dan menamakan manusia golongan ini sebagai “hamba kebendaan” Lebih tepat lagi dikatakan bahawa manusia golongan ini ialah manusia yang jiwa dan pemikirannya hanya semata-mata mengabdikan diri kepada kebendaan. Apa sahaja yang mereka fikir atau perbuat adalah bematlamatkan kebendaan. Bahkan kalau pun mereka melakukan sesuatu yang dinamakan kebajikan adalah bermatlamatkan kebendaan.

Dari apa yang dilihat dalam kehidupan sebahagian besar umat manusia hari ini, ternyata bahawa nilai-nilai kebendaan telah berjaya menduduki tempat pertama pada matlamat perjuangan hidup manusia. Keadaan ini wujud hampir dalam seluruh bidang kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya.

Apakah unsur-unsur besar yang mempengaruhi diri dan tindak tanduk manusia sehingga mencorakkan tamadun hidup sedemikian?

Apa yang pasti, puncanya adalah pada diri manusia itu sendiri. Atau kalaulah itu satu kesalahan, maka puncanya adalah dari kesilapan manusia itu sendiri. Manusialah yang membinasakan kehidupan mereka itu sendiri. Benar atau tidaknya dapat dilihat kepada kehidupan manusia itu sendiri.

Dari segi fizikal, manusai adalah terlalu kerdil untul dibandingkan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT yang lain. Tetapi di sebalik itu, manusialah yang menjadi punca segala-galanya. Itulah ukuran besar atau tidaknya pengaruh manusia di dalam kehidupan di muka bumi ini. Bahkan pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di muka bumi ini adalag akibat dan ikhtiar manusia sendiri. Ini bertepatan sekali dengan kenyataan Allah SWT di dalam al-Quran:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Surah al-Rum: 41)

Wujudnya berbagai malapetaka , bencana alam, peperangan yang tiada kesudahan di sana sini, krisis moral dan politik dan ribuan lagi kerosakan adalah disebabkan perbuatan manusia sendiri yang tidak mahu tunduk dan patuh kepada hukum hakam Allah SWT. Akibat tiadanya kepatuhan kepada agama Allah menyebabkan sebahagian manusia menzalimi manusia lain. Sekian ramainya yang meletakkan agama nunjauh jauh di belakang dengan tidak memikirkan soal pembalasan di akhirat kelak. Mereka hanya menurutkan kehendak nafsu semata-mata tanpa menggunakan akal yang waras, berani sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di muka bumi. Lantaran itulah Allah SWT menimpakan kepada mereka balasan untuk menjadi hukuman ke atas kejahatan, dosa, maksiat yang telah mereka lakukan.

Hikmahnya sebahagian bala dan malapetaka yang ditimpakan kepada manusia adalah supaya mereka menderita, semoga dengan penderitaan dan kepayahan yang dialami itu menyebabkan mereka bertaubatdan kembali kepada Allah SWT. Namun dikesalkan, sebahagian besar tidak pernah mengambil iktibar apabila berlakunya sebarang bentuk bencana dan malapetaka, bahkan terus-terusan melakukan pelbagai kerja fasad dan mungkar. Firman Allah SWT:

“Dan Sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di Dalam Al-Quran ini, Dengan berbagai-bagai contoh Perbandingan (yang mendatangkan iktibar); Dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran”. (Surah al-Isra’:89)



Qalbu manusilah yang mempengaruhi bentuk lahiriyah mereka. Jika kehidupan lahiriyah baik dan selaras dengan tuntutan Islam, ini menunjukkan bahawa qalbu manusia itu menerima pengaruh kebaikan yang dibawa oleh malaikat. Dan begitulah sebaliknya.

Tentang hal ini Rasulullah SWA pernah bersabda:



“Sesungguhnya dalam jasad anak Adam terdapat seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh manusia. Jika ia jahat, maka jahatlah seluruh diri manusia, ketahuilah itulah qalbu”. -riwayat Bukhari dan Muslim



Qalbu manusia yang tidak dikawal oleh syariat Allah SWT akan lebih cenderung bersifat tamak, rakus, hasad dengki dan bersifat dengan sifat kebinatangan. Untuk memelihara kalbu agar tidak mempunyai sifat-sifat mazmumah, pembersihan jiwa, pendidikan Islam, akhlak dan tata susila adalah amat perlu ditekankan. Itulah jalan terbaik untuk membentuk generasi manusia yang lurus pengabdiannya kepada Allah SWT.

Kalaulah agama tidak memainkan peranan dalam mengawal manusia, nescaya manusia akan melakukan apa sahaja demi kepentingan diri dan memuaskan nafsu syahwatnya. Untuk memenuhi nafsunya, ia akan sanggup melakukan apa sahaja, malah perkara-perkara yang menjadi larangan Allah SWT. Ciri-ciri kehidupan seumpama ini dengan mudah dapat dilihat di zaman kini yang dianggap oleh sebahagian sebagai zaman kemajuan dan ketamadunan yang tinggi.







Demikianlah, apabila kebendaan telah menguasai manusia, maka dengan secara tidak langsung manusia telah menjadi hamba kepada kebendaan yang menipu daya dan membawa kemusnahan kepada mereka sendiri. Apabila manusia telah menjadi hamba kepada kebendaan, maka tidak syak lagi kebendaan akan menjadi tuhannya yang baru. Seluruh urusan hidupnya hanya mengabdikan diri kepada tuhan palsu itu. Dengan sendirinya, gelarannya sebagai hamba dan khalifah Allah akan terlucut serta-merta.

MENGENAL DIRI SENDIRI PUNCA KEKUATAN MANUSIA



Manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling ajaib atau paling luar biasa. Pakar-pakar fisiologi atau ahli sains dan perubatan badan manusia sering berkata bahawa manusia lebih banyak mengetahui tentang hal-hal diluar dirinya, termasuk tentang alam, bintang, bulan dan matahari dilangit daripada mengetahui tentang dirinya sendiri.

Dari segi struktur atau bentuk jasmaninya, badan manusia adalah system yang cukup kompleks. Secanggih manapun mesin, teknologi atau computer sekarang, satu pun tidak dapat disamakan dengan system kebolehan fizikal, akal dan fikiran manusia. Ahli fisiologi manusia berpendapat bahawa ribuan juta sel yang membina system manusia itu dapat berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Semua organ manusia bergerak dalam satu rangkaian komunikasi yang dikawal oleh system otak manusia yang bertugas sebagai penerima dan penghantar maklumat dari sel-sel badan ke seluruh badan manusia.

Kuasa rohaniah adalah system yang lebih ajaib dari system jasmani iaitu fizikal. Sebagaimana difirmankan oleh Allah di dalam al-quran, setelah jasad manusia diciptakan Allah meniupka roh –Nya ke dalam diri manusia itu. Roh inilah yang memberi nyawa kepada manusia dan yang menjaga segala perjalanan system jasmani manusia itu. Kuasa roh ini biasanya tidak disedari oleh manusia. Pernafasan kita, perjalanan darah kita, system pencernaan makanan kita bagaimana perut kita menapis makanan yang masuk ke dalam perut kita, memilih bahan makanan yang berkhasiat untuk member tenaga kepada manusia dengan menghantarkan bahan itu ke seluruh anggota melalui perjalanan darah dan membuang bahan yang tidak berkhasiat kepada manusia. Semua system ini berlaku secara automatik tanpa kesedaran kita.

Seterusnya minda sedar manusia ialah minda yang kita gunakan hari-hari apabila kita berfikir dengan menggunakan akal kita atau apabila kita berfikir secara rasional dan logic tanpa menggunakan emosi atau perasaan. Jikalau kita lapar kita akan berkata kita lapar lalu kita mencari makanan untuk menghilangkan kelaparan itu. Rasa ini datangnya dari minda atau fikiran sedar kita. Soalan mengapa kita lapar boleh dijelaskan berdasarkan proses fisiologi atau fizikal. Iaitu dengan berkata bahawa badan kita sedang memerlukan tenaga, dan tenaga ini dapat diberikan melalui makanan atau permakanan.

Dalam kehidupan, manusia sering juga mengalami ‘rasa hati’ yang tidak dapat kita jelaskan atau fahami melalui akal atau fikiran biasa kita dengan kata lain minda sedar kita. Biasa kita berkata, dalam keadaan tertentu, ‘akal berkata pergi, hati berkata jangan’. Selalunya, bagi orang yang tidak percaya kepada kuasa ‘minda bawah sedar’, dalam keadaan begitu, yang diikutinya ialah ‘kata akal’, dan menolak desakan atau bisikan hati ‘rasa hati’ kerana meganggap itu adalah ‘perasaan ‘ yang tidak masuk akal iaitu yang tidak boleh dipercayai melalui akal atau minda sedar kita.

Seterusnya, hakikat tentang adanya dua kuasa minda yang berlainan tetapi sangat mempengaruhi satu sama lain iaitu kuasa minda sedar dan kuasa minda bawah sedar dalam diri manusia ini mendorong orang untuk mempercayai bahawa manusia adalah makhluk tuhan. Manusia akan mempunyai kuasa yang luar biasa apabila mereka tahu menggunakan minda sedarnya untuk mengarahkan dan memerintahkan minda kreatifnya untuk mencapai apa-apa sahaja hajat atau niat fikirannya. Manusia akan meperoleh apa-apa yang dihajati oleh fikirannya atau menurut niatnya.

Tetapi kebanyakan manusia biasanya tidak menyedari niatnya yang sebenar, atau tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fikiran atau minda yang negative. Nawaitu mesti betul barulah doa atau kehendak fikiran sedar kita dapat dikabulkan oleh Yang Maha Mengetahui melalui minda kreatif yang sudah tertanam dalam diri kita sejak lahirnya manusia ke dunia. Ada yang berdoa seribu kali melalui ucapan lidahnya tetapi hatinya masih was-was atau tidak percaya. Fikiran sedarnya meragui doa, lalu dia was-was dan tidak yakin. Akal kata lain, hati kata lain. Maka sia-sialah doa itu. Tetapi jikalau kata hati benar dan yakin, kabullah doa itu.

Selain itu juga, imaginasi yang kreatif biasanya fikiran sedar kita bersifat anatikal dan teoritikal selalu menimbulkan pertanyaan dan was-was. Minda kreatif atau minda bawah sedar tidak menyoal tetapi menuruti apa-apa sahaja yang dating dari fikiran sedar. Kerana inilah orang yang mengetahui tentang proses minda ini selalu mengingatkan kita supaya berdoa dengan hati yang yakin. Kata-kata yang diucapkan atau yang dilafazkan dalam hati belum tentu membayangkan bahawa kita benar-benar yakin dengan apa-apa yang kita ucapkan itu. Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa rahsia berdoa dengan betul hendaklah kita yakin bahawa doa kita akan terkabul. Untuk mencapai tahap keyakinan ini hendaklah kita bayangkan melalui proses minda yang disebut imaginasi yang kreatif bahawa apa-apa yang dihajati itu seolah-olah sedah tercapai. Melaui imaginasi yang kreatif inilah, yang dibentuk diperingkat fikiran sedar atau melalui minda sedar, minda kreatif yang berada dibawah kesedaran kita akan bertindak melaksanakan hajat itu menurut keyakinan minda sedar .

Kesimpulannya, manusia adalah makhluk Allah yang diberikan kuasa dalaman, kuasa minda, kuasa rohaniah, yang luar biasa , sehingga ada hadis yang berkata, ketahuilah dirimu nescaya kamu akan mengenal Allah. Dan kuasa ini terletak pada setakat mana manusia sudah benar-benar mengetahui rahsia alam mikro kosmos yang ada dalam dirinya dan kuasa minda sedar dan minda bawah sedar yang harus disatukan melalui proses komunikasi akal dan komunikasi roh antara dua minda itu untuk membolehkan manusia memerintahkan dirinya dengan menggunakan tenaga dan kuasa yang ada dalam dirinya sejak asal, datangnya daripada Allah, untuk melakukan perkara-perkara yang dikatakan ajaib. Semua manusia mempunyai kuasa ini. Tetapi manusia belum mengetahui rahsianya sepenuhnya.









Era layar: Membawa Kesan Positif atau Negatif?



Pendahuluan



Anak adalah suatu anugerah yang diberikan Allah SWT. untuk dijaga dan dididik kerana ianya merupakan pewaris yang termahal dan boleh memberi generasi bagi amal-amal baik untuk mendoakan orang tua. Anak yang terlahir bagaikan sehelai kain putih, orangtua sentiasa boleh menjadikannya kekal putih atau ternoda dengan warna-warna lain yang artinya baik-buruknya seorang anak lebih ditentukan oleh keluarga yang mendidiknya.di karenakan keluarga adalah pendidikan awal baginya.



Di zaman era layar atau serba berlayar sekarang ini kadangkala orangtua dihadapkan kepada pilihan yang baik dan buruk. Kemajuan teknologi mampu memudahkan wasilah/ perantara di dalam memahamkan sesuatu kepada anak. Kalaulah dulu seorang guru menggunakan kapur barus di dalam menuliskan atau memahamkan pelajaran kepada anak-anak, sekarang justeru projektor menjadi alat bantu yang cukup efisien dan memudahkan. Belum lagi hiburan-hiburan yang menggunakan teknologi semasa, telepon yang kita gunakan hanya untuk menghantar dan menerima suara, kini telepon sudah berkembang fungsinya. Meski masih dipergunakan sebagai alat komunikasi, ianya juga dapat digunakan sebagai alat hiburan berbentuk permainan (games), aplikasi pejabat, musik, filem bahkan sampai kepada fungsi kawalan jauh (remote control). Jadi era layar sekarang ini sudah membuat manja para penggunanya di dalam melakukan aktifiti harian.



Kemudian yang menjadi permasalahan adalah adakah kemudahan-kemudahan ini memberi kesan positif lebih banyak daripada kesan negatif atau bahkan sebaliknya? Tulisan ini difokuskan kepada pengaruh positif dan negatif keatas kemajuan era layar.





Matlamat Hidup



Sebelum membongkar lebih mendalam tentang keberkesanan kemajuan era layar, terlebih dahulu didedahkan apakah matlamat hidup sebenar bagi manusia? Di bawah ini adalah beberapa poin yang berhubungan dengan matlamat manusia, iaitu;

1. Agar ianya nampak lain dengan makhluk yang lain. Manusia boleh berfikir tetapi makhluk lain tidak m ampu melakukannya.
2. Memeliki daya fikir dan daya cipta yang kreatif.
3. Memiliki daya pilih (memilih yang terbaik untuk dirinya).
4. Mencari faedah dan manfaat dari kehidupan ini.
5. Memberi perubahan dan pembaharuan.



Selain daripada matlamat, manusia mempunyai kewajipan yang mesti dipatuhi, iaitu:

1. Membangun dalaman yang baik atau menggali potensi yang ada dalam diri sendiri mahupun yang ada di dalam masyarakat.
2. Mengurus kehidupan.
3. Menyelesaikan masalah.
4. Ingin berada dalam keselamatan.



Perkara-perkara diatas merupakan fitrah yang ada pada diri manusia di dalam menjalankan kehdiupannya. Menghadirkan sesuatu yang baik dalam hidup. Adakah era layar sekarang ini mampu membantu manusia dengan baik?





Definisi Era Layar



Era adalah menunjukkan suatu zaman tertentu. Sedangkan layar adalah skrin atau paparan yang boleh dilihat. Era layar bermaksud zaman yang penuh dengan kecanggihan yang ada di dalam paparan atau layar yang bermaksud untuk memudahkan di dalam menjalankan aktfiti harian. Akan tetapi pada realitinya, anak-anak dihadapkan kepada hiburan-hiburan yang agar orangtua mampu melakukan aktifiti lain tanpa ada gangguan anak-anak. Tetapi adakah orang tua menyedari hiburan apa yang dinikmati anak-anak di zaman era layar ini? Majoritinya ternyata anak-anak lebih banyak menghabiskan masanya di depan layar, sama ada menonton kartun, melayari games di internet, atau pun memainkan games dengan bantuan play station (PS) atau nintendo.





Games: Mengenali Games di Abad 21



Anak-anak hidup di era layar atau era digital. Beberapa hiburan yang memberikan kesan negatif kepada anak adalah melalui hiburan games. Bagaimana games itu mampu menarik perhatian anak-anak? Mark Griffiths dari Nothingham Trent University memberikan ulasan tentang games, iaitu gambar lebih realistik dan pengguna/ pemain games bebas memilih karakter apa saja yang tidak dilakonkan di dunia nyata. Dan ini berakibat kepada kepuasan psikologis dan kecanduan lebih besar. Di dalam memainkan games ini diperlukan ketrampilan yang baik dan pantas, menganalisa masalah yang lebih relevan secara sosial. Jika games itu lebih mencabar maka unsur kecanduan lebih tinggi (kecanduan pathologis).





Keberkesanan Games



Ada sedikit kesan positif di dalam permainan games iaitu, dapat digunakan bagi pesakit yang sedang mendapat rawatan fisikal. Sedangkan kesan negatif lebih banyak didapati dalam permainan ini iaitu, boleh menyebabkan RSI (repetitive Strain Injury) iaitu beberapa anggota tubuh badan menjadi sakit. Lengan mendapat sakit radang jari tangan akibat daripada sindrom vibrasi dan posisi duduk mengakibatkan sakit nyeri tulang belakang (Lihat, http://en.wikipedia.org/wiki/repetitive_strain_injury). Di samping itu sinar biru pada layar mampu menghakis retina mata, 70-80% sinar biru layar mampu mencapai retina mata. Sinar tidak terasa akan mengakibatkan luka fotokimia di jaringan mata.



Berikut ini rajah yang menunjukkan kesan negatif pada games nintendo;

Nintendo Epilepsi/ Epilepsi Fotosensitif

|

Serangan mendadak ini biasanya ditimbulkan oleh kilatan cahaya dengan bentuk pola tertentu/ sinar merah yang kuat.

|

Membuat sinyal-sinyal abnormal

|

Dihantar ke otak melalui retina mata

|

Kejang





Rajah Proses Kecanduan dan Akibatnya;



Dopamin -------- Senang/ Euphoria ------- Rasa Bersalah

|

Terganggu:

analisa, penilaian, pemahaman, pengambilan keputusan, makna hubungan, hati nurani

|

Akibatnya: aktifiti spiritual akan menurun --- iman terhakis – tak beriman





Menurut Prof. Graham Harding, ada 4 jenis permainan yang dapat mengakibatkan epilepsi; Mega Man X, Super Mario Sunshine, Metroid Priime, Mario Kart: Douoble Dash(www.aston.ac.uk/about/news/releases/2004/april/040423.jsp).



Di samping itu ada pula games yang membuat anak-anak tercandu unsur pornografi, di antara ciri-cirinya adalah; mudah haus dan tekak kering, sering minum, sering kencing, sering berkhayal, susah fokus, jika bercakap menghindari kontak mata, prestasi di sekolah menurun, bermain dengan kumpulan yang sama dan tak ada minat untuk tukar kumpulan, bertingkah-laku aneh dengan tidak menggunting rambut dengan baik dll.





Siapkah kita menjadi orang tua?



Secara umumnya, orangtua kurang menguasai tahap perkembangan anak, dan tidak mengetahui bagaimanaa cara otak anak-anak bekerja di samping juga tidak memperhatikan pengaruh keatas peribadi dan masa depan anak. Beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa, orangtua tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berkomunikasi dengan anak, tidak mengajarkan dan mengawal ajaran dan aktifiti agama kepada anak, tidak peduli dengan perkembangan teknologi dan bahkan mungkin ada yang buta IT.



Membuat Anak-anak Tangguh di Era Layar



Di dalam mendidik anak-anak yang mampu menghadapi kecanggihan era layar,orang tua sentiasa memahami bahawa esensi keberadaan anak adalah sebagai titipan Allah SWT, selalu look-in (melihat ke dalam) menyedari kesalahan-kesalahan orangtua di dalam mendidik anak dan bersiap meminta maaf kepada anak. Maka dengan begitu, orang tua akan membuat semakan dan senarai tentang pandangan hidup dan harapan-harapan anak kepada orangtua, juga menjelaskan harapan orang tua kepada anak lalu membuat prioriti di dalam proses perbaikan. Membuat kesepakatan bersama agar ayah tidak selalu sibuk di luar rumah (dual parenting), di samping itu juga mengadakan sukan bersama pada hujung minggu secara kerap. Dan kesepakatan bersama tentang komunikasi yang menyenangkan antara ayah-ibu dan anak. Juga membuat aturan-anturan yang mesti dijalankan dengan fasiliti yang telah diberikan.





Kesimpulan



Dari penjelasan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa sebagai orang tua mesti lebih kreatif di banding anak-anaknya, dalam segala hal baik dari pola berfikir dan membuat suatu rancangan agar anak- anak kita boleh kita melihatnya walaupun jauh di mata.seperti, keberadaan anak di sekolah boleh kita beri perhatian yaitu dengan membuat operasi tiba- tiba kita datng ke sekolahnya dengan alasan yang baik dan tidak menimbulkan anak itu curiga seperti oiya tadi mama sepertinya belum beri kakak uang saku ya. Atau contoh lain meletakan komputer di tempat yang mana kita boleh beri perhatian walaupun tanpa di sadari oleh anak kita.dan jangan memberi kesempatan bagi anak kita untuk dapat melayari situs-situs yang tidak baik dan juga melihat video- video yang tidak sepatutnya di lihat.

No comments:

Post a Comment