Sunday, August 30, 2009

BELAJAR SAMBIL BERDAKWAH?



Jika bicara tentang belajar, kita akan terbayang akan timbunan buku-buku yang terpaksa kita hadap demi memeperoleh sebanyak mungkin ilmu yang berada di dalam buku tersebut supaya dapat diamalkan dan dipraktikkan dalam hidup kita ( walaupun sebenarnya sekadar untuk jawab final exam je).

Pasal study ni jugak, kita kan terkenang segala macam assignment, tutorial, lab report, dan sebagainya yang terpaksa kita habiskan dalam waktu yang ditetapkan untuk memperoleh sebahagian markah untuk final exam nanti atau dikenali sebagai `Pernilaian Berterusan’. Dan, yang paling penting ,semestinya final exam, kerana ianya merupakan kayu pengukur kecermelangan akademik seseorang pelajar atau mahasiswa.

Sedarkah kita dalam waktu berada dalam alam study ini, sebenarnya terbuka satu medan dakwah yang cukup luas untuk kita gunakan. Medan ini dakwah ini adalah cukup luas mencakupi cara kita bekerja dan bermuamalat sesama insan yang lain dalam melakukan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai pelajar atau mahasiswa seperti semasa menyiapkan assignment, tugasan individu atau berkumpulan dan berpersatuan. Sebenarnya, semua aspek yang saya sebutkan tadi, amat memeberi kesan terhadap dakwah yang kita laksanakan selama ini.

Apabila kita mengamalkan nilai-nilai islam dalam gerak kerja kita,insya-allah,semua usaha yang kita jalankan adalah tidak sia-sia walaupun tidak mencapai objektifnya di dunia kerana habuan di akhirat sana sedang menunggu anda. Dengan menerapkan nilai-nilai islam dalam grerak kerja kita, kita akan dapat menghasilkan satu gerak kerja yang tersusun kerana islam merupakan agama yang dapat menyusun dan mengatur kehidupan manusia dengan begitu sempurna. Dan yang paling penting, gerak kerja ini perlulah disertai dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH S.W.T kerana ALLAH S.W.T hanya akan menerima amalan hambaNya yang ikhlas keranaNya. Gerak kerja yang tersusun inilah yang dapat menarik minat golongan yang jauh daripada agama atau non-muslim untuk mengenali islam dan x memandang serong terhadap islam.

Disamping itu juga, sebagai da`ie,seharusnya kita cuba sedaya upaya untuk menonjolkan akhlak yang mulia terhadap orang lain (bukan utk hipokrit ttp adalah tuntutan syrarak utk kite berlaku baik terhadap sume org selagi xmenentang islam itu sendiri). Ini kerana golongan yang saya sebut tadi, tidak akan menilai tentang isi dakwah yang kita sampaikan pada peringkat awal,tetapi mereka akan menilai sifat-sifat fizikal da`ie dan akhlak da`ie itu sendiri terlebih dahulu sebelum cuba untuk menyerap segala ilmu yang disampaikan kepadanya. Oleh itu, kepada para da`ie,anda perlulah melengkapkan diri terlebih dahulu bukan hanya dengan ilmu tetapi beserta dengan pengamalan akhlak2 yang terpuji.

Saya beranggapan bahawa kecemerlangan akademik para da`ie juga amat penting untuk kita meneruskan usaha dakwah kita ini. Ini kerana apabila kita (sebenarnyer semua muslim adalah da`ie),kita seharusnya menjaga `title’ tersebut dgn sebaik-baiknya. Apabila kita menjadi da`ie, kita sentiasa akan menjadi perhatian org ramai. Justeru, kita haruslah berusaha untuk memperoleh kejayaan yg cemerlang dlm bidang akademik supaya ianya menjadi satu dakwah yg berkesan kpd org lain bagi meyakinkan mereka tentang kebenaran dan keindahan islam itu sendiri. Sebaliknya, jika da`ie itu sendiri, tidak cemerlang dlm bidang akademik,maka, ianya menjadi satu fitnah yg besar kpd islam itu sendiri. Memanglah, rezeki di tgn ALLAH S.W.T, ttp kita haruslah bertanya sejauh mana usaha kita kita utk menjadi insan yg cemerlang. Ini juga adalah satu medan jihad utk memartabatkan islam di mata masyarakat yg telah jauh terpesong dr ajaran islam yg sebenar.

No comments:

Post a Comment