Sunday, August 30, 2009

DAKWAH DENGAN BLOG (INTERNET)

Berdakwah melalui blog, boleh berkesan ke?



“Berblog kerana terpaksa, terseksa!” saya menyelitkan penerangan.

“Berblog untuk menerima, terima duit, terima pengunjung, terima manfaat, lebih bagus dan boleh fokus. Tapi ia belum cukup bagus,” saya menambah lagi.

“Berblog untuk memberi, mencari makna hidup dengan menyumbangkan kebaikan dan nasihat serta panduan… itulah kemuncak kepuasan dalam berblog. Justeru saya pilih tag blog Saifulislam.Com sebagai ERTI HIDUP PADA MEMBERI” saya menyambung bicara.

“Dengan syarat, memberi itu dengan rasa kasih sayang,” penerangan disudahkan.

Nilaikanlah sendiri apa motif atau niat anda untuk membuka blog. Apakah kerana terpaksa disebabkan oleh trend rakan-rakan yang membuka blog? Apakah sekadar memikirkan apa manfaat yang mahu diterima, dengan membuka 100 blog yang hanya mempunyai iklan untuk menjana duit? Atau ada sesuatu yang lebih besar daripada semua itu? Mahu MEMBERI?



Membuka blog dan memulakannya amat mudah. Semudah membuka akaun email. Jika seseorang itu boleh menggunakan Microsoft Word, pasti mengendalikan wordpress.com atau blogspot.com tidak menjadi masalah buatnya.

Tetapi persoalan yang besar ialah pada istiqamah. Konsistensi yang mahu dipertahankan dalam perjalanan yang panjang. Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun memilik halaman web sendiri, daripada sebuah personal website kepada apa yang dinamakan hari ini sebagai BLOG, beberapa nasihat boleh dikongsikan bersama untuk mencari kekuatan yang didambakan oleh seorang penulis.

Salah satu unsur penting untuk kejayaan sebuah blog ialah pada menjadikannya sebuah blog yang unik dan tersendiri. Keunikan itu sukar untuk timbul jika kita sekadar cut and paste artikel daripada halaman lain atau sekadar menulis pengetahuan yang kita tahu. Keunikan boleh timbul daripada sesuatu yang hanya dimiliki secara eksklusif oleh setiap individu seperti cap jarinya iaitulah sebuah PENGALAMAN.

Banyakkan menyelitkan pengalaman diri kerana itulah elemen yang menjadikan blog kita tidak sama dengan mana-mana blog lain. Angkat pengalaman itu sebagai mutiara yang berharga dalam hidup, dan latihlah diri untuk berupaya menafsirkan pengalaman hidup hingga terbit ibrah daripadanya.




Tidak dilupakan, aspek kualiti bahasa.

Menulis dengan bahasa yang korupsi, bukan sahaja akan menjadikan sebuah blog tidak diminati oleh kelompok yang tidak berbahasa dengan slanga yang sedemikian rupa, malah penulis blog itu sendiri akan mual membaca catatannya semasa mendukung anak ketiga sambil menyelak arkib.

Kualiti bahasa itu adalah kadar nyawa bagai upaya malar segar sesebuah blog dan artikel yang dihasilkan.

Tentu sekali, faktor paling besar ialah pada membawa keluarga untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada blog kita.

Daripada sesuatu yang dianggap mencuri masa oleh sang isteri, saya tidak jemu-jemu untuk mengubah suai persepsi isteri dan keluarga hingga akhirnya blog saifulislam.com menjadi wadah untuk kami berdua merakamkan proses belajar dan mengajar dalam rumahtangga sendiri,

No comments:

Post a Comment