Friday, October 16, 2009

Akal fikiran manusia ke arah yang positif (kreatif) dan negatif

Manusia adalah (menurut Islam) kejadian yang berbentuk daripada dwipola yang berlainan tetapi bercampur dalam satu kejadian, iaitu segumpal tanah dan satu tiupan ruh daripada Allah. Segumpal tanah itu mengandungi di dalamnya unsur-unsur tanah yang berbentuk material oxygen, hydrogen, carbon calcium, phosphorus, dan sebagainya yang mengandungi keperluan-keperluan tanah dan perkara-perkara yang diperlukan olehnya.

Maka ditiup satu tiupan ruh daripada Allah yang mengandungi di dalamnya pancaran ruh yang suci yang dapat memberinya kekuatan pemiliharan dan pentadbiran yang matang dan juga energy jiwa yang berkemahuan.

Untuk itu sebagaimana manusia, ianya harus menggunakan keperluan-keperluan ketanahan (kehaiwanan) itu melalui jalan insan, dan bukan mengikuti jalan-jalan haiwan. Maksudnya, ditempatkan pada tempatnya yang tepat firman Allah SWT. (al-Qassas, 28:77).

                         •     
77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".
Untuk itu kita sebagai manusia mesti dapat memahami dengan baik apa dan bagaimana sepatutnya menempatkan segala sesuatu pada tempatnya yang sesuai. Dan untuk menyesuaikan itu semua, maka Allah berikan akal dan fikiran kepada manusia agar ianya dapat berfikir dan bergerak bersesuaian dan tepat.

Sedangkan menurut al-Quran, manusia adalah makhluk yang mempunyai cukup kekuatan untuk mengendalikan dunia dan memperoleh jasa para malaikat. Namun seringkali manusia terpuruk kepada suatu keadaan yang dia rencanakan sendiri di dalam mengambil keputusan tentang nasibnya. Untuk itu perlu penghayatan lebih mendalam apa arti positif manusia di dalam al-Quran dan juga negatifnya, lalu kita dapat menarik kesimpulan seperti berikut ini:
1. Manusia adalah wakil (khalifah) Allah SWT di muka bumi, QS. Al-An’am, 165.
               •       
165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2. Manusia memiliki kemampuan yang paling tinggi untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu di antara seluruh ciptaannya. QS. Al-Baqarah, 31-33.
                         •                            
31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar". 32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". 33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".

3. Fitrah manusia itu dengan intuisinya dapat mengakui bahawa Allah itu hanya satu dan tidak dapat digandakan. Jika manusia ragu akan hal itu, maka fitrahnya sudah menyimpang. QS. Al-A’raf, 172;
                         •    
172. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Dalam QS. Al-Rum, 30. Allah juga berfirman;
         ••             ••   
30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



4. Selain unsur-unsur material yang ada dalam materi non organism, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, maka di dalam fitrah manusia ada satu unsur ilahiyah dan malaikat. QS. Al-Sajdah, 7-9.
  •                • • 
7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; 8. kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;

5. Penciptaan manusia dilakukan dengan perhitungan yang matang dan bukan atas faktor kebetulan, manusia adalah makhluk pilihan. QS. Al-Thaha, 122.
      
122. kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Yang demikian itu menjelaskan keperibadian manusia yang mandiri dan merdeka, kerana manusia ialah khalifah (wakil) yang dilantik Allah SWT dan memiliki misi dan tanggung-jawab. Manusia dituntut untuk memperbaiki bumi dengan upaya dan praharsanya dan dituntut untuk memilih kesejahteraan atau kesengsaraan. QS. Al-Ahzab, 72;
                   
72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.

Dalam QS. Al-Insan, 2-3, Allah juga berfirman;
         •     •  • • 
2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat. 3. kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).


6. Manusia memiliki martabat dan kemuliaan. Allah SWT telah menjadikan manusia lebih unggul keatas makhluk lainnya. Sehingga ia dapat merasakan bagaiman sesungguhnya dirinya itu mau mewujudkan martabat dan memuliakannya serta memandang dirinya tidak patut diperbudak dan tidak layak berbuat buruk. QS. Al-Isra, 70.
                  
70. dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.


7. Manusia mendapat anugerah berupa cita rasa wawasan moral yang dapat mengetahui perbezaan yang baik dan buruk dengan menggunakan ilham alamiyah. QS. Al-Syams, 7-8.
       
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -

8. Manusia tidak akan merasa cukup tenang dan puas kecuali dia mengingat Allah SWT. QS. Al-Ra’d, 28;
            
28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Dalam QS. Al-Insyiqaq, 6, Allah berfirman;
  •      
6. Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) Dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian Engkau tetap menemui balasan apa Yang Engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

9. Segala yang baik di bumi ini telah diciptakan untuk manusia. Allah berfirman dalam QS. Al-Baqarah, 29;
    •                
29. Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, kemudian ia menuju Dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit Dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dan juga dalam QS. Al-Jatsiyah, 13;
  •         •      
13. dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti.

10. Manusia telah diciptakan untuk beribah kepada tuhannya saja dan untuk menerima perintah dari-Nya. Kerana itu manusia berkewajipan mentaati perintah Allah SWT. QS. Al-Dhariyat, 56.
      
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

11. Manusia tidak mungkin mengingati siapa dirinya, kecuali kalau dia beribadah dan ingat kepada tuhannya. Jika dia lupa tuhannya, bererti dia lupa dirinya, dan bererti dia tidak tahu siapa dirinya, untuk apa dirinya diciptakan, apa kewajipannya dan hendak kemana dia. Allah berfirman dalam QS. Al-Hasyr, 19;
           
19. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik - derhaka.

12. Ketika manusia meninggal dunia, dan saat itu cadar jasmani yang menutupi roh atau jiwanya tersingkapkan, maka dia akan melihat dengan jelas banyak realiti yang sekarang ini gaib. Allah berfirman dalam QS. Qaf, 22;
            
22. (serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada Dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

13. Bukan keuntungan materi sahaja yang diupayakan untuk dicapai oleh manusia. Memenuhi keperluan hidup akan materi bukanlah satu-satunya motivasi manusia. Manusia sering melakukan sesuatu untuk tujuan-tujuan yang lebih tinggi. Mungkin sahaja semua upayanya hanya untuk mendapatkan reda Allah SWT, di dalam QS. Al-Fajr, 27-28 disebutkan;
 • •      • 
27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -



Konsep akal dan pemikiran adalah al-Quran dan al-Sunnah. Dan ianya juga merupakan suatu wasilah yang dianugerahi Allah SWT kepada manusia untuk digunakan sebagai ijtihad dan memahami apa yang terjadi dan mengambil hikmah di sebaliknya.

Dalam istilah moden dikenal dengan kata kognitif mengambil maksud yang proses yang aktif iaitu aktif dalam memproses semua maklumat yang diperolehinya daripada alam sekitar lalu ditukarkan bentuknya, disimpan dan digunakan secara aktif. Kemudian semua maklumat itu didapati melalui sistem deria dan diorganisasikan, ditafsirkan dan diterjemahkan oleh sistem persepsi dan sistem fikiran. Setelah itu, ianya dapat dikeluarkan semula daripada ingatan dan dapat digunakan juga sebagai penyelesaian masalah, membuat keputusan dan lain sebagainya.

Kerana manusia sebagai makhluk yang terbaik maka ia akan menggunakan akalnya untuk proses berfikir dalam segala hal yang membuatnya lebih puas dan tenang hati. Sehingga dapat memenuhi keperluannya. Untuk itu mesti digunakan dengan baik berdasarkan kepada al-Quran dan al-Hadis agar tidak salah dalam menggunakannya.

Fikiran manusia adalah satu-satunya alat terpenting dan digunakan dalam kehidupan harian. Oleh kerana yang demikian itu, jika fikiran dibandingkan dengan sesuatu yang lain maka dapat dikatakan sama dengan naluri haiwan. Tanpa naluri, haiwan tidak dapat hidup di alamnya. Dan apabila akal fikiran tidak dimanfaatkan, maka tidak berertilah hidup ini. Untuk itu manusia menggunakan fikiran dalam pelbagai bentuk, ada yang negatif dan ada juga yang positif.

Menurut Dr. Eduar de Bono, beliau menjelaskan bahawa terdapat 12 prinsip berfikir;
1. Sentiasa bersikap konstruktif (positif) iaitu, bersikap dengan membangun minda.
2. Fikir perlahan-lahan dengan fikir secara ringan (simple). Iaitu bukan bererti lambat dalam berfikir akan tetapi dengan cepat dan pantas dan juga bijak dan tidak menyukarkan.
3. Lupakan ego dan cuba lihat kembali cara berfikir iaitu berfikir dengan akal yang sihat, jernih dan bukan dengan nafsu.
4. Mengetahui apa tujuan berfikir, apa dan mengapa.
5. Tukar-menukar gear dalam otak. Iaitu berfikir secarai bijak dan sesuai dengan kondisi semasa.
6. Membuahkan hasil dalam pemikiran. Iaitu tidak sia-sia.
7. Beri tempat kepada emosi dan perasaan. Seumpama dalam berfikir pelajaran sains dan matikan, jika masih dalam logik masih boleh diterima.
8. Berfikir tentang alternatif lain atau solusi yang lain. Iaitu cadangan yang ada dalam idea berfikir.
9. Tukar ganti antara berfikir secara luas ataupun secara terperinci iaitu membolehkan idea yang difikirkan itu boleh berjalan untuk harus dikemas dengan rapih dalam fikiran.
10. Membezakan antara yang sepatutnya dan yang mungkin.
11. Perbezaan pendapat dan persepsi.
12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.

Semua itu amat penting bagi manusia agar dapat menggunakan akal fikirannya dengan baik, bijak dan khusnul khatimah di jalan Allah.

Setelah kita mengetahui prinsip-prinsip dalam berfikir, maka berfikir memerlukan proses asas di dalamnya. Menurut Bruneer (1966), beliau membahagikan menjadi 3 proses, iaitu;
1. Proses pengelolahan
Iaitu suatu proses penerimaan dan pengamatan pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman yang berlaku kepada manusia itu sendiri.

2. Proses perubahan
Iaitu proses yang mengubah suatu pengamatan baru dan pengetahuan kepada bentuk yang lebih bermakna.

3. Proses pengujian
Iaitu lebih kepada tindakan yang dirangka bagi memberi penafsiran yang tepat bagi yang sedia ada.

Maka hubungkait dari semua itu adalah amat penting bagi akal untuk mencerna dengan lebih baik, sehingga dapat membuahkan hasil fikiran yang berharga. Untuk mencapai kerjaya maka dalam suatu berfikir, manusia mesti berfikir secara positif (kreatif) yang bermaksud berfikir secara terbuka iaitu untuk menolong kita agar dapat mengatasi berbagai rintangan yang kreatif dan juga dapat memusatkan fikiran kepada tugas yang sedang dijalankan, iaitu dengan memberi tumpuan fikiran dalam satu masalah sahaja pada satu waktu.

Fungsi dari pemikiran kreatif adalah;
1. Memecahkan masalah dengan baik dan teratur.
2. Fikiran agar lebih jernih sepanjang masa berfikir diperlukan.
3. Menenangkan fikiran alam bawah sadar.
4. Menghasilkan idea baru.
5. Mengelakkan kegagalan
6. Berfikir positif
7. Menajamkan bakat semula jadi sebagai insan kreatif.

Sedangkan ciri-ciri dalam fikiran ini adalah;
1. Menghasilkan idea baru
2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan
3. Fokus kepada usaha untuk mengubah idea yang sedia ada kepada kondisi semasa untuk membawa perubahan.
4. Gemar menggunakan logik yang songsang, seumpama contoh, sebelum ikan dimasak, bubuhkan garam terlebih dahulu atau goreng ikan dahulu setelah itu bubuhkan garam.

Kesimpulannya bahawa pada akal manusia banyak digunakan untuk berfikir. Dengan demikian berfikir mesti seimbang dengan panduan daripada al-Quran dan al-Sunnah agar mencapai makrifat dan reda Allah SWT.

No comments:

Post a Comment